loader
Pemandu rentung kereta terbakar!

Pemandu rentung kereta terbakar!

Hulu Selangor: Seorang pemandu lelaki rentung selepas kenderaan dipandunya terbakar  dalam kemalangan di kilometer 407  Lebuhraya utara selatan  arah utara, dekat hulu selangor, hari ini.

Dalam kejadian itu kenderaan dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar lori dan penghadang jalan. 

Setakat ini, identiti mangsa yang  rentung tidak dapat dipastikan.

penolong  pengarah operasi jabatan bomba  dan penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata ,  pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.14 petang.

"Sepasukan 8 anggota bersama 3 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

" Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan  sebuah kenderaan jenis ssangyong yang terbakar 100 peratus  selepas terbabit dalam kemalangan.

"Mangsa tersepit di dalam kenderaan dan kerja- kerja mengeluarkan mangsa  dilakukan selepas api dipadamkan " 
katanya dalam kenyataan ,hari ini.

0 Comments

leave a reply

Recent News