loader
Pasar Awam Bayan Baru diarah  tutup sementara!

Pasar Awam Bayan Baru diarah tutup sementara!

BAYAN BARU-  Pasar Awam Bayan Baru  di arah tutup buat sementara berikutan 11 peniaga , pembantu dan penyedia pasar terbabit didapati positif covid- 19.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis  Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata , penutupan 159 gerai itu berkuat kuasa hari ini sehinggga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penutupan sementara ini hanya membabitkan bahagian kawasan pasar awam manakala  kompleks makanan bersebelahan tidak terlibat.

"Orang ramai diminta mengambil perhatian  penutupan premis dipasar berkenaan  manakala individu yang merupakan kontak rapat kepada pesakit  covid - 19 itu perlu menjalani ujian saringan sekiranya menunjukan gejala dan tidak sihat" katanya di sini hari ini.

Selain tu ,MBPP juga menasihati persatuan di semua pasar dan kompleks makanan  supaya memastikan kawalan pengunjung dilaksanakan dengan baik pada setiap masa mengikut sop yang ditetapkan.

0 Comments

leave a reply

Recent News