loader

All News

Kuala Lumpur : Meskipun unggul di gelanggang Paralimpik Tokyo  dengan memecahkan rekod dunia acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran ), kemenangan muhamad ziyad zolkefli yang meraih pingat emas acara itu dibatalkan.

Ia selepas dia serta dua lagi peserta lain dari Ecuador dan Australia difahamkan menerima protes daripada kem ukraine kerana dikatakan lambat memasuki 'call room' atau bilik persediaan atlet sebelum turun beraksi.

Menurut Twitter rasmi jawantankuasa penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo,Tokyo 2020 pingat emas diberikan kepada atlet dari Ukraine, Maksym Koval.

Terdahulu pada aksi di Stadium Olimpik, ziyad mencetuskan  kegembiraan kepada  kontijen negara  apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada kejohanan Olahraga Para Dunia  2017 di london.

Balingan emas itu dilakukan Ziyad pada percubaan ketiga  namun percubaan keempat 17.62m juga tidak mampu ditandingi peserta lain pada aksi yang berlangsung di stadium olimpik itu.

"Update Tokyo - Masih dalam perbincangan antara perwakilan tekninal dengan tiga negara yang protes balas Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.

Sementara itu , Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuatnaik  pesanan  di facebook rasmi beliau kepada  wira negara  -

"Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami,
memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!

Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal ditangan Malaysia" 

Pesanan semangat  dari Perdana Menteri Datuk seri Ismail Sabri Yaacob disambut baik oleh Rakyat Malaysia.

Recent News